i-Syarahi-Syarah.

Draf — sedang disemak dari segi undang-undang. Kandungan mungkin berubah sebelum berkuat kuasa.

Terma Perkhidmatan

Versi 1.3-draf · Tarikh berkuat kuasa: 1 November 2026

1. Penerimaan

Dengan mendaftar akaun, anda bersetuju dengan Terma ini dan mengakui Notis Privasi. Jika anda tidak bersetuju, jangan gunakan i-Syarah.

2. Akaun

  • Seorang, satu akaun; jangan kongsi kata laluan.
  • Pelajar mesti menggunakan nama penuh sebenar. Satu nama penuh hanya boleh didaftarkan pada satu akaun pelajar; pendaftaran dengan nama yang sama tetapi e-mel berbeza ditolak. Pensyarah boleh membuang ahli yang tidak dapat dikenal pasti daripada kumpulan.
  • Anda bertanggungjawab atas aktiviti dalam akaun anda.
  • Pelajar mesti berumur 18 tahun ke atas.
  • Peranan pensyarah diberi oleh kami (tidak boleh dipilih sendiri).
  • Pelajar boleh memilih memaut akaun kepada nama dalam senarai kelas pensyarah. Pautan ini sukarela, memerlukan persetujuan anda dan pengesahan pensyarah, dan boleh ditarik balik bila-bila masa.

3. Kandungan anda

  • Anda kekal pemilik kandungan yang anda cipta (bahan, soalan, laporan).
  • Anda memberi kami lesen terhad untuk menyimpan dan memaparkan kandungan itu semata-mata untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda.
  • Kami tidak menyemak kandungan secara lalai, tetapi boleh membuang kandungan yang melanggar Terma ini.
  • Nama i-Syarah, logo, reka bentuk dan perisian kekal milik pengendali. Anda tidak boleh menyalin, mengubah suai atau mengedarkannya tanpa kebenaran bertulis.

4. Tanggungjawab khas pensyarah (data pelajar)

Jika anda memasukkan data pelajar (senarai kelas, markah, kehadiran, rekod penasihatan):

  1. Anda bertanggungjawab memastikan anda dibenarkan oleh institusi anda untuk memproses data itu menggunakan alat pihak ketiga seperti i-Syarah.
  2. Anda memaklumkan pelajar mengikut polisi institusi anda.
  3. Anda hanya memasukkan data yang perlu untuk tujuan pengajaran, penilaian, akreditasi atau penasihatan.
  4. Anda tidak memasukkan data sensitif (kesihatan, salinan dokumen perubatan, agama, dll.) kecuali ciri itu disediakan khusus untuknya.
  5. Anda mengesahkan pautan akaun pelajar hanya selepas menyemak bahawa nama dan e-mel akaun yang menuntut sepadan dengan pelajar yang dimaksudkan; no. matrik sahaja tidak mencukupi.
  6. Anda menerbitkan markah hanya apabila ia sedia dilihat oleh pelajar yang memaut akaun mereka.
  7. Pemprosesan kami bagi data ini tertakluk kepada Lampiran: Perjanjian Pemprosesan Data.

5. Penggunaan yang dilarang

  • Kandungan yang menyalahi undang-undang, memfitnah, mengganggu, atau melanggar hak cipta.
  • Cubaan mengakses data pengguna lain, memintas kawalan keselamatan, atau mengganggu perkhidmatan.
  • Menggunakan chat untuk spam, buli atau gangguan. Pensyarah boleh memadam mesej dan membuang ahli kumpulan.

6. Perkhidmatan

  • Perkhidmatan disediakan “seadanya”. Kami berusaha memastikan pengiraan (CLO, PO, kehadiran) tepat, tetapi pensyarah bertanggungjawab menyemak laporan sebelum dihantar kepada pihak lain.
  • Kami tidak menjamin perkhidmatan tanpa gangguan. Pensyarah disarankan mengeksport data penting secara berkala di Data & privasi, dan menyimpan dokumen akreditasi rasmi dalam sistem institusi juga.
  • Kami boleh mengubah, menambah atau menghentikan ciri. Perubahan besar akan dimaklumkan. Jika kami menghentikan perkhidmatan sepenuhnya, kami akan memberi notis sekurang-kurangnya 30 hari supaya anda sempat mengeksport data.

7. Had tanggungjawab

[Sedang disemak peguam.]

8. Penggantungan & penamatan

  • Anda boleh memadam akaun bila-bila masa di Data & privasi.
  • Kami boleh menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar Terma ini, dengan notis jika munasabah.
  • Selepas penamatan, data dipadam mengikut Notis Privasi §9. Pensyarah disarankan mengeksport data sebelum memadam akaun.

9. Perubahan Terma

Kami akan memaklumkan perubahan penting sebelum berkuat kuasa. Penggunaan berterusan selepas tarikh itu bermakna penerimaan.

10. Undang-undang

Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.

Lampiran: Perjanjian Pemprosesan Data

Terpakai kepada data pelajar yang dimasukkan pensyarah.

L1. Peranan

Pensyarah (atau institusinya) ialah pengguna data. i-Syarah ialah pemproses data yang bertindak atas arahan pensyarah.

L2. Arahan

Kami memproses data ini hanya untuk menyediakan ciri i-Syarah yang pensyarah gunakan, dan tidak untuk tujuan lain.

L3. Kerahsiaan

Hanya pemilik platform (untuk penyelenggaraan teknikal yang perlu) mempunyai akses teknikal. Data tidak dikongsi dengan pensyarah lain.

L4. Keselamatan

Kami melaksanakan langkah dalam Notis Privasi §10, iaitu: sambungan HTTPS; pengasingan data setiap pengguna dalam pangkalan data (Row Level Security); akses pelajar kepada data senarai kelas hanya melalui fungsi terkawal selepas persetujuan pelajar dan pengesahan pensyarah; kata laluan di-hash; token pihak ketiga disulitkan; foto profil dalam storan peribadi; dan kunci perkhidmatan pelayan tidak didedahkan kepada pelayar.

L5. Sub-pemproses

Pensyarah bersetuju kami menggunakan sub-pemproses dalam Notis Privasi §7. Kami akan memaklumkan penambahan sub-pemproses baharu.

L6. Permintaan subjek data

Kami membantu pensyarah melayan permintaan capaian dan pembetulan pelajar; permintaan yang diterima terus akan dimaklumkan kepada pensyarah.

L7. Kebocoran data

Kami memaklumkan pensyarah selewat-lewatnya 48 jam selepas mengetahui kebocoran yang menjejaskan data ini, dan membantu pensyarah memenuhi kewajipan pemakluman kepada Pesuruhjaya dan subjek data mengikut PDPA.

L8. Pemadaman

Data dipadam apabila pensyarah memadamnya, atau dalam 30 hari selepas akaun pensyarah dipadam. Pensyarah boleh mengeksport data sebelum itu.

L9. Pemindahan

Data disimpan di luar Malaysia (Notis Privasi §8).